tak sangka ekin akan kena demam denggi . dan paling tak sangka yang ekin kena warded dekat hospital . tak pernah terfikir seumur hidup akan dapat pengalaman berharga macam ni . lagi-lagi nak kena pakai baju hospital . hahaa .
masuk harini , 9 hari dah ekin demam . paling lama dalam sejarah . start demam hari sabtu 17/10 . masuk hospital pula malam khamis 22/10 selepas disahkan positive denggi dekat klinik .
masa masuk hospital tu , terus kena masuk yellow zone sebab doktor check darah , ada sudden drop platelets . terus kena cucuk masuk air dalam badan . duduk lah dalam yellow zone ni selama sehari . malam tu tak boleh tidur langsung . berjaga lah sampai esok paginya .
dah lepas yellow zone , ekin dihantar ke wad pemerhatian pula sebelum naik dekat wad biasa . tak sampai sehari duduk dekat wad pemerhatian , ekin dah boleh duduk dekat wad biasa .
dekat wad biasa ni rasa seronok sikit sebab ada lah juga teman nak berborak dan paling penting ada makanan ! ekin lapar gila dah lama tak makan nasi . 23/10 tu ekin dah naik ke wad biasa . mostly , dekat sini nurse atau doktor akan monitor blood pressure & O2 dengan suhu badan ekin . pukul 4 pagi je doktor akan datang untuk ambil darah . hari2 bangun awal dekat sini .
dan akhirnya 25/10 ekin dah dapat discharge . finally ! tapi still kena follow up dengan klinik kesihatan . begitulah kronologinya . harap-harap lah ekin makin sembuh .